Tuesday, April 7, 2009

Selangor 1-1 Perlis

SELANGOR BERJAYA MENGIKAT PERLIS 1-1 PADA PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA DI KANGAR. Perlawanan rancak yang berlangsung di atas padang basah langsung tidak merencatkan persembahan kedua-dua pasukan.

Selangor bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan gol awal oleh skuad Perlis apabila rembatan penyerang mereka dari luar kotak penalti, berjaya menerobos ke gawang Selangor sekaligus menjadikan kedudukan berubah pada miit ke-2 dengan Perlis 1 - 0 Selangor.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor dilihat lebih mengasak ke kubu Perlis namun kerapkali digagalkan oleh keadaan padang yang basah serta licin. Hardi Jaafar yang permainannya agak hidup pada perlawanan ini, kerapkali tergelincir jatuh ketika bola berada di kaki.

Perlis yang kelihatan sudah sebati dengan keadaan padang mereka kerapkali mengasak tanpa henti ke kubu Selangor sehinggakan pada suatu masa, hampir keseluruhan pemain Selangor berkubu di benteng terakhir meninggalkan Safee Sali keseorangan di bahagian depan.

Pemain pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom juga seringkali dilihat melakukan kesilapan-kesilapan yang hampir membawa padah kepada skuad Red Giant apabila kerapkali gagal mengawal kemas pengerakan jentera serangan Perlis. Beliau juga kerapkali berada pada keadaan 'off-position' sehingga menyebabkan pemain lawan mudah menyusup masuk ke kawasan penalti Selangor.

Walaubagaimanapun, situasi sorakan serta gema paluan gendang di Stadium Kangar terhenti seketika pada minit ke-34 apabila pemain muda Selangor, Premanathan berjaya menggegarkan jaring Perlis untuk menjadikan kedudukan 1-1.
Kedudukan terikat sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua menyaksikan banyak adegan panas berlaku di tengah padang apabila asakan-asakan keras menghadirkan banyak layangan kad kuning kepada kedua-dua pasukan.

Akibatnya, Amri Yahyah menerima musibah apabila mendapat kad kuning kedua dan sekaligus secara otomatik mendapat layangan kad merah dari pengadil perlawanan.

Walaupun bermain dengan 10 orang pemain, namun Selangor masih lagi mampu menghadirkan saingan sengit apabila kerapkali mengasak ke pintu gol Perlis. Pada minit ke-65, Selangor mendapat peluang keemasan untuk menambah jaringan, namun peluang dihadapan gol gagal disudahkan dengan baik oleh D.Surendran

Perlis juga menerima nasib yang sama apabila salah seorang pemain mereka juga diperintah keluar padang akibat melakukan kekasaran terhadap pemain Selangor.

Permainan tamat dengan Selangor berjaya mengikat Perlis 1-1 di gelanggang lawan sekaligus secara teorinya, Selangor mampu melangkah ke peringkat Final sekiranya berjaya menewaskan Perlis di Shah Alam dalam perlawanan timbal balik yang akan berlansung pada Sabtu 18 April akan datang.

Viva Selangor!

No comments:

Post a Comment